Wednesday, February 11, 2009

FRIENDSHIP DAY

bersama teman seperjuangan

PERSAHABATAN ITU SEPERTI TANGAN DAN MATA...
SAAT TANGAN TERLUKA MATA MANANGIS..
SAAT MATA MENANGIS TANGAN MENGHAPUSNYS.
"SELAMAT HARI PERSAHABATAN SEDUNIA"

tanggal 09 febuari 2009. aku terima mesej daripada kawan aku.noan..thanks coz the wish.aku betul-betul lupa. sebenarnya aku tak tahu pun bila hari persahabatan sedunia tu.hihi. tak kisah la janji persahabatan kitaorang ceria selalu.

tiba-tiba aku teringat dekat kawan-kawan lama aku masa sekolah dulu-dulu. kemana menghilangnya diorang semua ya. kebanyakan yang aku dengar diorang dah kahwin. aku tumpang gembira la untuk diorang.

buat kawan-kawan seperjuangan aku, belajar rajin-rajin. semoga apa yang korang nak semuanya tercapai. aku harap persahabatan kita terus kekal selamanya. tabah dalam menghadapi ujian hidup. aku tetap sayang korang semuanya.kiki.

Sunday, February 8, 2009

ADAKAH ANDA MENYAMBUT HARI KEKASIH?


I4 Februari bakal menjelama.. bagi pasangan berkasih, 14 Februari ini mungkin tarikh yang khusus untuk mengeratkan hubungan kasih sayang. Ini kerana, tarikh itu yang juga dikenali sebagai Hari Memperingati Kekasih (Valentine’s Day) amat bererti bagi pasangan yang sedang berkasih.


Adakah anda menyambutnya? Aku tidak meyambutnya kerana aku sedar tiada apa-apa manfaat pun jika kita menyambut. Hari berkasih sayang..sungguh besar kan maknanya..ermmm, tapi kan ada hari ke kalau kita nak berkasih sayang? Bagi aku tiap-tiap hari sayang. Bak kata iklan fair n lovely..TIAP HARI SAYANG..so, tidak perlulah kita menyambutnya..


Kenapa kita nak mengagungkan budaya barat sedangkan jelas ia bertentangan dengan ajaran Islam. Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai manghantar kad ucapan kepada buah hati mereka sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap seseorang. Budaya ini tidak sepatutnya wujud kerana berkasih sayang bagi Islam tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak seperti ibu bapa dan keluarga.


Aku teringin menyambutnya, ye la best bagi aku kalau menyambutnya..boleh dapat hadiah daripada buah hati tersayang. Ermm, sape yang tidak teringin kan. tapi aku teringat pulak nasihat mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria. Dia menyeru Umat Islam agar tidak meniru budaya asing dan ternyata bercanggah dan terjerumus ke lembah kemaksiatan. Oleh itu aku tidak sepatutnya menyambutnya kerana sambutan hari kekasih ini tidak ada kena mengena dengan adapt resam dan budaya Melayu atau tata susila orang Timur.

TIDUR DAN TELEFON BIMBIT..(CAMPUS QUIRK)

telefon bimbit memberi kemudahan pada masa kini


Dah banyak kali ar aku perhati kawan-kawan aku..elok-elok je dia tengah tidur kan tup2 bunyi la nset. Eh, sedar pulak dia. Heran betul aku. Ye la, sebelum ni aku bukan main lagi kejut dia. Semakin lena ada la dia tidur..aisyyy..

Aku fikir ada daya penarik ke dekat nset dia, banyak la aku fikir. Tapi aku tak ada jawapan pun untuk semua tu. Kalau nada dering nset orang tu kuat takpe la plak kan, ni bukan tau..dia vibrate..ermm, macam-macam kan..

Tapi aku tak kisah itu semua. Tiap orang ada ragam masing-masing kan. hidup mesti kena ceria. Perlu bergantung dan yakin pada diri sendiri.


menurut nurbaya, memang betul itu semua. termasuk dengannya juga. heran kan, tp aku pun same jugak, asal jer bunyi telefon aku terus sedar. ajaib.kiki. memang dah lumrah kot.

PERJUMPAAN MEGA FKP

pelajar komunikasi tahun tiga

Apabila sebut saja perjumpaan mega aku terus terang ar yang aku ni malas sangat nak pergi. Bukan pe aku rasa malu sangat-sangat coz aku x dapat pun anugerah dekan. Bukan aku tidak berusaha tapi belum rezeki. Bila agaknya aku nak dapat pointer 3.60 keatas ye..aku teringin sangat-sangat..


Pada member aku yang dapat anugerah dekan tahniah ar, aku jeles ngan korang semua..satu hari nanti aku akan berada di tempat korang jugak. Aku harap tercapai segala apa yang aku impikan..


Dalam perjumpaan tu aku asik teringat je kata-kata amanat dekan, Prof Datin Sri Hjh Mizan Adiliah..dia cakap bukan senang nak berjaya jika tidak berusaha bersungguh-sungguh. Perlu bekerja keras dan bukan untuk main-main keran belajar bukan satu perkara yang mudah tambahan pula USIM menggunakan dua bahasa penggantar iaitu bahasa arab dan bahasa inggeris. Aku perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk dapat pointer 3.60 keatas..i hope..


Pada kawan-kawan aku yang sama seiring dengan aku tu belajar la bersungguh-sungguh. Aku pon nak korang dapat anugerah dekan gak..biar kita lawan budak-budak yang sedia ada dapat anugerah tu. See ye..chaiyyok!!

PERHIMPUNAN MEMBANTAH KEKEJAMAN ZIONIS


mahasiswa USIM dalam perarakan membantah kekejaman Zionis


HIDUP...HIDUP!!! HIDUP.PALESTIN!!!

HANCUR...HANCUR…HANCUR ISRAEL!!!


Itulah laungan yang bergema sepanjang perarakan menyuarakan bantahan terhadap Zionis. Aku merasa sayu dan sedih apabila mengenangkan nasib masyarakat di bumi Palestin. Apakah kesudahan masyarakatnya..aku berasa bertuah apabila menjadi anak Malaysia yang kini aman dan harmoni.


Aku turut serta dalam perarakan tersebut sebagai bukti sensetiviti kita terhadap kekejaman. Perhimpunan ini dianjurkan oleh sekretariat pendakwah muda (SPMM) pada 13 Januaru lalu yang bermula di bangunan Canselori dan berakhir di Stadium tertutup nilai.


Aku merasa bertuah apabila berada di USIM kerana dapat menyuarakan hasrat ketidakpuasan hati terhadap Israel. Perhimpunan ini merupakan kali pertama di USIM. Begitu ramai mahasiswa yang turut serta membantah kekejaman ini. Aku berasa apabila melihat sepanduk yang menyentuh perasaan. Sepanduk itu hasil kreativiti student sendiri. Tu yang aku kagum, ikhlas dari hati yan luhur.


Aku harap satu hari nanti Israel aka hapus di bumi Palestin. Aku mamapu berdoa untuk memberi keamanan kepada mereka semua. HIDUP PALESTIN!!!

Thursday, February 5, 2009

MY HERO



seluruh keluarga

sebut sahaja hero banyak maksunya..ada sesetengah orang hero bagi dirinya adalah kekasih hatinya. bagi kanak-kanak pula hero banyak maksud, ada yang cakap spiderman, atromen dan sebagainya. hero adalah insan yang kita kagumi dalam kehidupan seharian.

bagi saya heronya mestilah my dad!!! ayah.. kaulah segalanya bagiku. tetapi aku perlu redha dengan ketentuan ilahi keran hero bagiku sudah lama pergi menyambut panggilan ilahi. semasa itu aku berumur 11 tahun. aku tidak mengenali lagi apa itu kedewasaan hidup yang akan mendatang.

semasa itu aku sentiasa berfikir apa kesudahan hidup aku tanpa ayah. tetapi aku mesti tabah untuk meneruskan kehidupan ini. bukan apa orang yang hidup mesti teruskan hidup dan sabar akan ujian yang akan dihadapi.

sehingga kini aku kagum dengan diriku kerana aku boleh meneruskan hidup. ibu...aku ucapkan terima kasih kerana menyedarkan aku untuk terus yakin dalam hidup ini. tanpamu disisi aku rasa hidupku bagaikan angin. terima kasih atas segalanya. akanku balas segala jasamu.

aku berharap semoga arwah ayahku berada ditempat yang diredha oleh allah. walaupun aku tidak dapat membalas segala jasanya aku harus menebus segala jasamu dengan beriman pada yang satu. disamping itu juga setiap doaku akanku panjat untukmu..semoga ayah tenang disana..amin.

MOLE..(CAMPUS QUIRK)

Tahi lalat begitu sinonim dengan kita semua. Ada yang terletak di wajah dan anggota badan. Ada yang besar ada yang kecil. Tapi itu semua tidak penting kerana jikalau ia teletak di wajah ia adalah penyeri.

Bagi kaum hawa tahi lalat sebagai pemanis wajah. Ramai lelaki terpikat dengan adanya tahi lalat. Tapi yang menganehkan saya ada mahasiswi USIM sanggup membuat tahi lalat palsu. Tambahan pula saya sangat mengenali orang itu. Saya terdengar berita ini sudah lama iaitu semasa semester 2 lagi dan berlarutan sehingga ke hari ini.

kawan aku cakap, dia sendiri juga tahu kes ni. bila je nak bersiap untuk pergi ke kelas mengambil masa yang lama. aku pun heran.

Ramai juga orang lain yang menegur dengan kewujudan tahi lalat buatan pelajar tersebut. Ada yang mengatakan ia sangat cantik dan ada yang perasan bahawasanya tahi lalat itu adalah palsu. Cara pembuatannya begitu senang dan simple sahaja iaitu menggunakan dakwat basah.

Cerita ini bukanlah untuk mengaibkan mahasiswi tersebut malah sebagai pengajaran kepada kita semua bahawasanya membuat tahi lalat palsu berdosa kerana mengubah ciptaan Allah. Kita perlu sedar dan menerima apa yang dikurniakan oleh Allah. Oleh itu kita tidak sepatutnya mengubah segala ciptaan Allah demi kepuasan diri sendiri.

PERSAHABATAN

Me..Kak Ya, Kak Long dan Ida
Persahabatan begitu penting dalam kehidupan setiap insan. Tanpa persahatan kita akan merasa sunyi dan tidak bermakna. Namun ada sesetengah persahabatan wujud ketidakpersefahaman. Perkara sebegini perlu dielakkan untuk menjernihkan nilai-nilai persahabatan yang sedia ada dan perlu menghargainya.

Pilihlah orang yang mempunyai minat yang sama seperi kita supa mempunyai persefahaman tetapi jangan mengenepikan sahabat yang tidak mempunyai persefahaman dengan kita. Sedarlah tiada siapa yang sempurna di dunia ini, setiap orang mempunyai sifay yang aneh dan kecacatan, dan menerima segala kecacatan itu sebagai kunci persahabatan yang baik.

Oleh itu setiap persahabatan perlu dihargai dan belajarlah daripada satu sama lain untuk keceriaan dalam persahabatan. Jangan biarkan faktor luaran seperti stress menjejaskan persahabatan kita. Tetapi kawan yang baik akan membenarkan kita melepaskan perasaan kerada mereka. Tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan. Sebagai balasan kita sepatutnya bersedia untuk mendegar luahan perasaan mereka pula.

PENJAGAAN MATA SEMASA MENGGUNAKAN KOMPUTER

Pelajar menggunakan Komputer untuk menyelesaikan kerja harian

Mata antara organ yang penting dalam tubuh manusia. Sekiranya berlaku masalah atau gangguan atau gangguan proses tumbesaran manusia, maka ia menggangu perkembangan mata dan system penglihatan manusia juga.

Semasa penggunaan computer penjaan mata sangat penting untuk menentukan tiada sebarang gangguan. Untuk menggelakkan keadaan ini adalah ambillah masa untuk berehat mata kita. Caranya dengan mengalihkan pandangan dari skrin dan pandanglah objek lain selama 10 saat bagi setiap 10 minit.


selepas itu lakukan pertukaran posisi bekerja. Lakukan pergerakan di kawasan sekeliling sekurang-kurangnya 2 jam selepas menggunakan computer. Ia dapat merehatkan mata dan badan kita.

Kelipkan mata kita selalu. Sekiranya kita kurang berkelip mata boleh mengurangkan kadar penghasilan air mata yang diperlukan untuk melicirkan mata. Kita juga digalakkan untuk mengguna ubat titis mata sekiranya kita menggunakan computer dalam jangka masa yang lama.

kemudian lakukan aktiviti regangan dan meluruskan badan. Kedudukan yang baik membantu menghalang kesakitan di bahagian otot leher dan belakang badan.

Ubahlah kedudukan monitor computer kita. Monitor perlu berada di kedudukan 20 hingga 30 inci dari mata kita.

Jika perlu pakailah cermin mata yang bersesuaian dengan mata kita. Jika kita memakai kanta lekap pastikan cahaya mencukupi bagi membantu kita semasa menggunakan computer.

Wednesday, February 4, 2009

DILEMA BAKAL GRADUAN


segulang ijazah memberi erti buat mahasiswa


Sebagaimana yang kita maklum
kebelakangan ini ekonomi Negara kita merosot akibat kejatuhan ekonomi US. Harga makanan dan barangan terus meningkat. Kita perlu menyelesaikan langkah-langkah yang perlu diatasi untuk tidak membebankan rakyat. Akibat daripada kejatuhan ekonomi kesan ia memberi kesan yang teruk kepada graduan di Malaysia. Jumlah pengangguran semakin meningkat pada setiap tahun.

Bakal graduan serta lepasan graduan risau dengan peluang pekerjaan yang terhad berikutan kejatuhan ekonomi ini. Peuang pekerjaan semakin sempit kerana banyak syarikat terpaksa mengurangkan kos pengeluaran iaitu dengan memberhentikan pekerja atau memberi cuti tanpa gaji. Alternative untuk mengelakkan diri dari pengangguran ialah menceburkan diri dalam bidang keusahawanan, pertanian komersial dan sebagainya.

Apabila kadar pengangguran meningkat kadar peningkatan jenayah juga meningkat. Ini disebabkan oleh aegala kemahuan tidak dapat dipenuhi dan terdorongnya kes ini. Setiap apa yang kita lakukan pasti untuk kebaikan diri sendiri dan tidak kiralah apa yang dilakukan itu mengikut undang-undang ataupun tidak.



Tuesday, February 3, 2009

BANGKIT PALESTIN... BANGKITLAH!!!















seorang pejuang Israel mengacukan senjata terhadap wanita dan kana-kanak


Sejak aku mula mendegar isu ini di media massa, aku terpana seketika kerana Negara Islam tidak putus-putus menjadi mangsa kekejaman orang kafir. Tidak ada nilai kemanusiaankah mereka? Aku merasa sedih..marah.. kerana saudara kita, Kanak-kanak…golongan wanita…warga tua yang menjadi sasaran mereka…dimanakah nilai-milai kemanusiaan mereka? Dimana? Sehingga golongan yang tidak terkecuali menjadi mangsa rakus Israel.. Aku sedih kerana melihat mereka bergelimpangan di merata


tempat..

Ya ALLLAH..bantulah agamamu..bantulah pengikutmu sebangaiman yang telah termaktub di dalam kitab sucimu..musnahlah Israel..agar meraka tahu akan kekuasaanmu..aku berharap padamu..

Kita seharusnya bersyukur kerana berada di bumi Malaysia, bumi yang aman..harmoni..sentosa..dan segala nikamt tetap berada disini..oleh itu kita seharusnya menjaga keamanan ini..

Kemelut kemanusiaan di Semenanjung Gaza dilihat semakin rumit serta menyebabkan krisis kemanusiaan terbesar dalam sejarah dunia abad ke 21. dilemma politik yang disebabkan oleh pertembungan tiga penjuru diantara Israel dengan pejuang politik Palestin iaitu Fatah dan Hamas telah menyebabkan krisis politik mulai merebak kepada krisis kemanusiaan. Sebagaimana yang kita tahu krisis kemanusian Palestin telah sekian lama bertapak sejak penubuhan Israel pada 11 mei 1948. sejak itu, Palestin semakin hari semakin lenyap dijajah Israel secara kekerasan. Apa yang berlaku di Gaza kini pelu mendapat perhatian masyarakat antarabangsa…


Monday, February 2, 2009

..ISLAM SEINDAH SURIA..



Islam itu sangat indah namun ramai yang tidak dapat merasakan keindahannya biarpun oleh umat Islam sendiri. Ini disebabkan kebanyakannya tidak mengerti inti pati daripada ajaran Islam tersebut. Berlaku juga kes orang yang murtad terdiri dari kalangan ustaz dan ustazah. Itulah buktinya bahawa petunjuk iti sebenarnya datang daripada Allah, Dialah yang mamou membolak-balikkan hati manusia dan tiada siapa yang dapat menjamin keimanan seseorang.

Sebenarnya keindahan Islam tidak dapat dicerminkan seratus oeratus pada sikap individu Muslim kerana ramai yang mengaku Muslim tapi dari segi luarannya tiada beza dengan yang bukan Muslim. Kejituan Islam hanya dapat dilihat sebagai contohnya pada akhlak junjungan kita iaitu Nabi Muhammad SAW. Malah kita katakana Islam itu agama penyayang, ia sepatutnya dapat diterjemahkan dalam kehidupan Muslim seluruhnya barulah orang tertarik pada agama yang penganutnya nampak baik.

Fitrahnya manusia menilai manusia dari luarannya seperti ungkapan yang menyatakan “dari mata turun ke hati”; justeru membetulkan sesuatu yang salah dianggap hanya boleh dilakukan oleh orang yang dikatakan berhak sahaja. Contoh yang lebih mudah ialah kita selalu mendengar orang berkata, “kau ni ustazah ke nak tegur-tegur orang?”. Dan tidak kurang juga yang mengamalkan konsep “tidak mahu menjaga tepi kain orang” malah yang lebih teruk lagi ialah yang mengamalkan konsep “tidak apa!” hingga akhirnya masyarakat kita menjadi takut untuk berdakwah, menyeru kepada perkara yang baik dan mencegah daripada perkara yang mungkar dan maksiat. Justeru apabila berlaku kepincangan dalam masyarakat, r amailah yang menunding jari kepada mereka yang dikatakan bertanggungjawab itu. Inilah sebenarnya yang menjadi halangan kepada bersinarnya Islam pada hari ini. Jika kita menyedari akan hakikat ini semua, hendaklah kita mengingatkan diri sendiri bahawa kita berada dalam sebuah Negara Islam, tanggungjawab kita sebenarnya adalah lebih besar dan rumit iaitu kita hendaklah sentiasa menjaga imej Islam bukan sahaja pada diri sendiri malah pada bangsa dan Negara agar agama tidak tercemar atau dicemari!!!

About Me

My photo
aku ada dua mata.. dua telinga.. dua tangan.. satu hidung.. dan yang lain kalau awak nak tau tanya la aku sendiri eh..ahaks.

..AliN..

..DeAL0va..

AlOhAi..

Hai..Sudi-sudikan la korang baca dan komen blog aku.. kalau ada salah dan silap ampun maaf dipinta. Enjoy…