Friday, January 30, 2009

EKSPEDISI GUNUNG DATUK

Papan tanda sebelum masuk ke kawasan Gunung Datuk


Gunung datuk terletak di Kampong Batang Nyamur, Gadung kira-kira 21km dari Pekan Rembau dan 15km dari Pekan Tampin. Mempunyai ketinggian 2,900 kaki dari aras laut. Untuk menawan Gunung ini, pendaki melalui trek semulajadi. Perjalanan untuk samapai ke puncak gunung akan mengambil masa kira-kira dua jam. Mengikut sejarah, punjak gunung ini pernah digunakan oleh Dato’ Perpatih Nan Sebatang untuk mengumpulkan ketua-ketua Adat dan mengisytiharkan gelaran sertan nama penyandang Dato’ Lembaga pada tahun 1372. ini adalah serba sedikit sejarah berkaitan Gunung Datuk.

Ok berbalik kepada xpdc kami, seramai 52 orang peserta bertolak seawal jam 8 pagi dar kolej kediaman iaitu bermula dari kolej kediaman desa jati, sutera indah dan berakhir di nilam court. Kami bersarapan di di.halam bas dengan dua biji donat dan sekotak air laici.huhu.sedihnya..perjalanan yang mengambil masa kira-kira sejam setengah sambil melewati panorama indah kawasan perkampungan yang masih terpelihara adatnya serta seni bina Rumah Minangkabau yang unik dan menjadi sejarah pada Negara.

Selepas selesai melakukan regangan, saya dan peserta yang lain perlahan-lahan menyusun langkah dengan menggalas beg melalui trek yang sedikit curam pada awlanya sambil menikmati keindahan hutan montane. Permulaan trek yang berbatu dan curam menyukarkan lagi pendakian kami. Walaupun penat dengan keringan yang membasahi baju, saya sempat merakam gambar kenangan berlatarbelakangkan pohon-pohon yang menghijau. Setelah sekian lama mendaki, kami tiba di kawasan lapang yang menjadi tempat berehat para pendaki untuk melepaskan lelah setelah penat mengharungi trek yang curam dan berbatu.




Gunung yang saya naiki


Khazanah dan sejarah tersirat

Sambil menunggu rakan pendaki yang lain, saya sempat bertegur sapa dengan pendaki-pendaki yang dalam perjalanan meninggalkan puncak. Mereka agak ceria dengan menceritakan keindahan pemandangan dari puncak Gunung Datuk. Setelah 30 minit berehat, kami menyambung pendakian. Trek yang akan kami tempuh selepas tahap ini agak landai dan kadang kala semakin meningkat kecuramannya. Kira-kira 30 minit selepas menyambung pendakian, kami melaui permukaan trek yang berakar licin. Tumbuhan seperti rotan turut memenuhi kanan dan kiri trek yang kami lewati. Selang beberapa minit kemudian, kami tiba di kawasan trek yang dikelilingi batu pelbagai saiz dan bentuk. Keadaan trek begini menunjukkan kami telah hampir sampai ke punjak Gunung Datuk.

Kami tiba di puncak Gunung Datuk kira-kira pada pukul 01.15 petang. Terdapat kawasan untuk menjadikan tempat perkhemahan yang boleh menampung kira-kira seramai 50 orang. Struktur puncak yang berbatu menjadi mercu tanda Gunung Datuk yang boleh dilihat dari kawasan perkanpungan Batang Nyamur. Untuk sampai ke punjak kami menaiki tangga besi yang disediakan oleh pihak pengurusan dan orang kampung. Walaupun stabil, tetapi tangga tersebut agak curam dan kedudukannya agak menegak. Kami perlu berhati-hati mendaki untuk sampai ke puncak kerana keadaan puncak yang berbatu. Keadaan di puncak yang agak cerah dan agin yang sepoi-sepoi bahasa menyambut kehadiran kami. Mata kami tidak lepas-lepas melihat panorama kawasan kampung Batang Nyamur dan Pekan Kota yang berdekatan dengan Gunung Datuk. Jika cuaca cerah, kami boleh melihat Selat Melaka dari puncak gunung. Walaupun keadaan cuaca yang berkabus dan tidak mengizinkan, kami bersyukur dan begitu teruja kerana melihat keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa.


Cabaran turun gunung

Pada pukul 3.20 petang saya menuruni puncak Gunung Datuk. Dalam perjalanan turun trek yang licin dan curam dan kadangkala berbatu menyukarkan saya. Kira-kira jam 4.45 petang kami semua selamat sampai. Kemudian pulang ke Nilai berbekalkan kenangan, pengalaman dan senyuman kepuasan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pegawai bertugas yang begitu ceria dan pihak pengurusan Hutan Lipur Gunung Datuk. Semoga Gunung Datuk kami akan kami kunjungi lagi pada masa hadapan.

Chaiyyok!!!


Perkarangan kaki Gunung Datuk

1 comment:

  1. as salam, ada contact no. pejabat pengurusan hutan lipur gunung datuk tak..apa yg perlu kita buat kalau nak mendaki ye..my friend berminat nak pergi daki tapi dia tak tau the prosedur. many thanks for ur respond

    ReplyDelete

About Me

My photo
aku ada dua mata.. dua telinga.. dua tangan.. satu hidung.. dan yang lain kalau awak nak tau tanya la aku sendiri eh..ahaks.

..AliN..

..DeAL0va..

AlOhAi..

Hai..Sudi-sudikan la korang baca dan komen blog aku.. kalau ada salah dan silap ampun maaf dipinta. Enjoy…