Thursday, January 22, 2009

..SURATAN TERAKHIR..

Mengunjungi Salah Sebuah Rumah bantuan Di Kota Bharu

Di keheningan pagi yang permai, ayam berkokok bersahut-sahutan menandakan hari sudah subuh. Kedengaran batuk ayah semakin menjadi-jadi. Aku tersedar dari mimpi dan terus bangkit menuju ke kamar usang ayah. Aku dapati ibu sedang mengurut-urut belakang ayah dengan minyak ubat untuk meredakan kesakitan yang dialaminya.

“Ayah…kan Alin dah kata, Ayah perlu ke Hospital. Batuk ayah semakin teruk ni.” kataku penuh dengan kerisauan sambil mengurut-urut belakang ayah untuk menggantikan tempat ibu. Sudah berkali-kali aku menasihati ayah, tetapi ayahku tetap berdegil. Aku tahu Ayahku takut untuk pergi ke Hospital. “Ayah tak apa-apa Alin, jangan risau ya sayang, sekejap lagi batuk ayah akan baiklah,” bohong ayah.

“Sudahlah tu Alin. Pergi kejutkan Adie dan Aznil, nanti lambat pula ke sekolah. ” tiba-tiba ibu bersuara. “Baiklah mak… nanti Alin kejutkan.” aku bangun lantas menuju ke bilik sebelah. “Adie, Aznil…bangun…bangun...dah lewat ni.” aku mengejutkan kedua adik lelaki kesayanganku. Selepas solat dan bersarapan, aku pergi ke bilik ayah bersama adik-adikku. “ Ayah…Alin, Adie, dan Aznil pergi sekolah dulu ya. ” aku meminta izin daripada ayah lalu ku cium tangan ayah dan ibu diikuti oleh adik-adikku. Aku renung wajah tua ayah dan ibuku dengan penuh kasih sayang sambil melemparkan senyuman.

“Alin…Adie…Aznil…Ayah nak kau orang semua belajar bersungguh-sungguh supaya dapat kerja yang elok-elok. Ayah nak lihat anak-anak Ayah berjaya dan menjadi insan yang berguna…Alin, tahun ni Alin periksa kan. Jadi Ayah nak Alin buat yang terbaik untuk diri Alin dan keluarga kita kerana kaulah harapan Ayah dan jangan lupa untuk membalas jasa orang tuamu Alin. Ayah dah terlalu penat dan tak berdaya lagi.” Nasihat Ayah dengan penuh pengharapan. Lalu ayahku mengucup dahi kami bertiga pada pagi itu penuh dengan kelainan.

Aisya Shazlin…Aisya Shazlin…sayup-sayup kedengaran namaku dipanggil. Dummm!!! Aku tersentak apabila mejaku ditumbuk orang. “Kenapa dengan awak ni, kalau nak mengelamun bukan disini tempatnya. Disini tempat untuk orang belajar, bukan mengelamun macam kamu.” Tengking guru muda itu.

“Assalamualaikum…cikgu, boleh saya berjumpa dengan Aisya Shazlin Binti Abdullah.” kata cikgu suhada. “Ya, boleh. Aisya Shazlin silakan.” kata cikgu khairul yang tadi memarahiku. “Ada apa cikgu?” soalku dengan penuh kehairanan. “Aisya Shazlin, ada orang nak berjumpa dengan kamu,” kata cikgu suhada. Aku terpana dengan penuh kehairanan. “Aisya Shazlin. Sila ikut saya. ” kata cikgu suhada lagi. Aku terus mengekori cikgu kesayanganku itu.

Di pejabat, kelihatan dua orang adikku sedang menunggu bersama Pak Teh, bapa saudaraku.

“Alin…mari kita pulang,” ajak Pak Teh. “ Pulang…kenapa ni Pak Teh…Adie…Aznil,” soal aku bertambah kehairanan. “Nanti sampai di rumah Alin akan tahu semuanya, marilah kita pulang.” ajak Pak Teh. Dalam perjalanan pulang hatiku bertambah berdebar. Pelbagai persoalan yang bermain di minda. Sampai saja di rumah, aku melihat ramai orang yang berada di perkarangan rumah. Hatiku berdegup kencang, lantas aku menuju kearah mak su, emak saudaraku yang kebetulannya berada di perkarangan rumah. “Mak su…apa sudah terjadi, apa semua ni.” Soal aku.

“Alin…Adie…Aznil, ayah kau sudah tiada.” kata ibu dengan menahan sebak. Aku cuba tabahkan hati ini tetapi aku tidak berdaya. Akhirnya aku menangis jua. Perlahan-lahan kami dapatkan ayah yang terbaring kaku. Aku menatap wajah ayah yang putih bersih. “Patutlah pagi tadi ayah beria-ia menasihati kami adik beradik, rupanya ayah akan pergi meninggalkan kami semua.” bisik hati kecilku dengan penuh kesayuan.

Suatu malam selepas makan malam. “Mak, Alin ada sesuatu nak beritahu mak.” soal aku. “Ada apa Alin.” Tanya ibuku. “Mak…Alin rasa…Alin nak berhenti sekolah lah.” kata aku dengan gugup. “Apa!! Nak berhenti sekolah.” ulang mak dengan terkejut. “Kenapa Alin, kau dah lupa pesanan ayah kau hah.” tengking ibuku.

“Bukan begitu mak, Alin kasihan lihat mak bekerja siang dan malam untuk menyara kami.” kata aku sebak. “Alin…itu dah tanggungjawab mak, selagi mak berdaya selagi itulah mak akan bertahan. Kau sekolah lah…semoga tercapai hasrat Ayah dan mak yang ingin melihat kau dan adik-adik berjaya." Pujuk ibuku dengan penuh kelembutan.

Alin hanya berdiam diri dan tidak mampu untuk berkata apa-apa. Pada malam itu Alin tidak dapat melelapkan mata kerana memikirkan tentang masa depannya. Lantas Alin berdoa “Ya Allah…Aku mohon padamu, kuatkan semangatku untuk berjuang di jalan yang engkau redhai Ya Allah. Tempatkanlah roh ayahku di kalangan orang-orang yang engkau kasihi. Amin…” Alin berdoa untuk menenagkan hatinya. Kalau itulah keputusan mak, aku akan mengikuti segala kemahuannya. Aku yakin keputusan mak adalah yang terbaik untukku.
“Mulai dari sekarang, aku akan tekun belajar.” bisik hati kecilku.

“Adie…Apa dah jadi dengan kamu ni, sekarang dah pandai ponteng sekolah, malu kakak tau dengan cikgu-cikgu…Dulu kau tak macam ni, tapi sekarang apa dah jadi. Kau patut jadi contoh pada adik kau Aznil…Akak perhatikan pelajaran kau pun bertambah teruk.” Marah Alin kepada Adie pada suatu petang.

“Ahhh…Kakak ni asyik membebel saja, macam mak nenek. Bosan laaa…Apa yang Adie buat semuanya tak kena, kakak dan Aznil saja yang betul, yalah anak kesayangan mak.” Jawab Adie. “Adie…Kau tak patut cakap macam tu. Kamu sumua anak-anak mak, mak sayang kamu semua. Dah banyak kali mak dengar orang cakap pasal kau. Sekarang ni kau dah pandai berkawan dengan budak motor ya, kau nak jadi samseng ke.” Kata mak dengan nada marah. “Ahhh…kakak dan mak sama saja, berat sebelah.” Kata Adie sambil berjalan keluar dan berselisih bahu dengan adiknya. Aznil menegur abangnya tetapi tiada jawapan yang di utarakan.

“ Mak…Kakak…Kenapa dengan abang Adie tu…Masam saja, Aznil tegur pun dia tak jawab.” Adu Aznil dengan penuh persoalan. “Kena marah..” jawab Alin pendek. “Aznil…Aznil belajar rajin-rajin ya, biar berjaya. Jangan jadi macam abang kau. Dulu dia tak macam ni, tapi selepas ayah kau meninggal perangai dia pun berubah.” Nasihat emak. “Insya Allah…Mak.” jawab Aznil.

Di suatu lorong kelihatan sekumpulan anak-anak muda sedang bergelak ketawa sambil bertukar-tukar putung rokok. Di suatu sudut kelihatan wajah Adie masam mencuka. “Hei…kawan. Kenapa masam ni, hidup mesti gembira.” Tegur kawan Adie yang beberapa minggu dikenalinya.

“Ahh…Aku boring tau. Boring…Asal aku balik saja ke rumah, mesti mak dan kakak aku berleter. Naik muak aku mendengarnya.” Kata Adie. “Alahh…Bukan kau seorang saja macam tu. Aku pun…Aku…Kalau mak aku berleter, aku masuk bilik pasang radio kuat-kuat, puas hati…Kata kawan Adie, Fey sambil menghulurkan rokok.

“Sorry... Aku tak biasa hisap rokok ni. ” Tolak Adie. “Jangan jadi penakut macam perempuan, kau anak jantan mesti pandai hisap rokok.” Pujuk Fey lagi. Adie termakan pujukan Fey lalu menyedut asap rokok lalu berkepul-kepul asap yang keluar dari mulutnya. Serta merta Adie terbatuk... “Alahh…Baru sedut sikit dah batuk.” tegur salah seorang lagi kawan Adie.

Di sekolah Alin tekun sekali mendengar apa yang diajar oleh cikgu. Dia tidak seperti dulu. Asal saja ada masa lapang, dihabiskan untuk mengulangkaji pelajaran. Apabila rehat, dia tidak lagi ke kantin tetapi menuju ke perpustakaan untuk mencari bahan-bahan. Perubahan yang ketara itu disedari oleh rakan-rakan sekelasnya.

Sementara itu Mak Timah iaitu mak Alin bertungkus lumus mencari wang untuk menyara keluarganya. Dia tidak mengira penat dan lelah asalkan keperluan untuk anak-anaknya terlaksana. Pernah Mak Timah tidak makan seharian kerana tidak cukup wang untuk membeli beras, dia hanya membohongi anak-anaknya menyatakan bahawa dia telah makan. Di samping itu juga,hati Mak Timah tidak tenteram kerana dia hanya memikirkan hal Adie yang keras kepala. Seandainya arwah suaminya masih ada, tentu perkara ini tak akan terjadi dan kehidupan anak-anakya akan selesa, tetapi dia pasrah dengan kehendak ilahi, mungkin ada rahmat di sebaliknya.

“Mak…Tahun ni Alin periksa STPM, Adie SPM dan Aznil pula PMR. Kami akan buat yang terbaik untuk mak dan arwah ayah.” Kata Alin pada suatu malam sambil memicit betis emaknya yang penat bekerja siang tadi. “Mak tak nak apa-apa Aisya, Cuma mak mahukan semua anak-anak mak berjaya dalam hidup sebelum mak menutup mata.” Kata Mak Timah.

Di Hospital, kelihatan ramai orang yang ingin menziarahi keluarga masing-masing. Di suatu sudut yang lain pula, kelihatan seorang anak muda terbaring kaku di katil. Di kepalanya berbalut dan kakinya bersimen.

“Adie…Adie…tengok apa dah jadi pada kau ni…mak dah berkali-kali larang tetapi kamu berdegil, sekarang siapa yang susah.” Tangis Mak Timah. “Sudahlah tu…orang tengok tu mak." Bisik Alin di telinga emaknya.
“Tu la abang, Aznil dah kata jangan berkawan dengan budak-budak motor tu, tapi abang tak mahu dengar cakap Aznil.” Sambung Aznil pula.

“Mak…Maafkan Adiemak…Adie dah insaf dan rasa bersalah pada keluarga kita. Maafkan Adie… Adie lupa pada pesanan arwah ayah. Adie insaf mak...” tangis Adie. “ Adie…Mak dah lama maafkan kau nak…Nampaknya doa mak tak sia-sia selama ini. Syukurlah… Kau dah insaf sekarang nak…” Kata Mak Timah dengan hati yang berbunga-bunga.

“Mak…Tengok abang Adie ni…Asyik nak bergurau aja, orang nak belajar pun tak boleh.” Adu Aznil. “Ye laaa Amir ni...kakak tengok sejak dari tadi lagi satu pun tak menjadi. Tak lama lagi dah nak periksa, tak baik tau kacau orang nak belajar.” Nasihat Alin dan Aznil hanya tersenyum kerana kakak menyebelahinya. “Dah…dah…tak usah bergaduh, belajar tu kan lebih penting. ” Tambah mak Timah. “Yes, madam. ” jawab mereka serentak sambil ketawa.

Hari ini adalah hari terakhir Aisya menduduki peperiksaan STPM. Setakat ini Alin sangat berpuas hati dengan usaha yang dia lakukan selama ini. Begitu juga dengan adik-adiknya yang telah menduduki peperiksaan masing-masing.

Setelah bertungkus lumus belajar siang dan malam. Kini membuahkan hasil yang sangat lumayan. Alin merasa gembira dengan keputusannya yang cemerlang. Ramai kawan-kawan dan guru-guru di sekolahnya memuji akan kejayaan Alin. Tidak sia-sialah harapan kedua ibu bapanya.

Setelah berjaya menamatkan pengajian di peringkat yang teringgi. Kini Alin menjawat jawatan yang penting di salah sebuah syarikat yang besar di ibu kota. Mak Timah mampu tersenyum bangga dengan melihat kejayaan anak-anaknya itu.

“Ayah..kami bertiga telah memenuhi hasrat ayah dan emak. Kami juga akan menjaga emak sehingga akhir hayat kami.” Bisik Alin semasa menziarahi pusara ayahnya. Terasa damai sekali dan sesekali terhidu haruman bunga kemboja yang jatuh bertaburan di pusara ayah. “ Semoga roh ayahku ditempatkan diantara yang terbaik. ” Bisik hati kecilku…


* kisah ini benar2 berlaku pd family aku..berharap semoga arwah ayahku berada ditempat yang terbaik dan diredhai oleh allah..aku terus memperjuangkan kehidupanku yang seterusnya agar dapat kehidupan yang sejahtera, harmoni dan disayangi oleh masyarakat..walaupun aku tidak dapat membalas segala jasa ayahku, tetapi aku tetap bersyukur kerana ibuku tetap ada..aku berharap agar dapat membalas segala jasanya..aku ingin menjadi anak yang solehah dan taat pada ajarannya..
aku berharap!!!



No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
aku ada dua mata.. dua telinga.. dua tangan.. satu hidung.. dan yang lain kalau awak nak tau tanya la aku sendiri eh..ahaks.

..AliN..

..DeAL0va..

AlOhAi..

Hai..Sudi-sudikan la korang baca dan komen blog aku.. kalau ada salah dan silap ampun maaf dipinta. Enjoy…