KADIRI AIDA
Wednesday, February 11, 2009
FRIENDSHIP DAY
PERSAHABATAN ITU SEPERTI TANGAN DAN MATA...
SAAT TANGAN TERLUKA MATA MANANGIS..
SAAT MATA MENANGIS TANGAN MENGHAPUSNYS.
"SELAMAT HARI PERSAHABATAN SEDUNIA"
tanggal 09 febuari 2009. aku terima mesej daripada kawan aku.noan..thanks coz the wish.aku betul-betul lupa. sebenarnya aku tak tahu pun bila hari persahabatan sedunia tu.hihi. tak kisah la janji persahabatan kitaorang ceria selalu.
tiba-tiba aku teringat dekat kawan-kawan lama aku masa sekolah dulu-dulu. kemana menghilangnya diorang semua ya. kebanyakan yang aku dengar diorang dah kahwin. aku tumpang gembira la untuk diorang.
buat kawan-kawan seperjuangan aku, belajar rajin-rajin. semoga apa yang korang nak semuanya tercapai. aku harap persahabatan kita terus kekal selamanya. tabah dalam menghadapi ujian hidup. aku tetap sayang korang semuanya.kiki.
Sunday, February 8, 2009
ADAKAH ANDA MENYAMBUT HARI KEKASIH?
Adakah anda menyambutnya? Aku tidak meyambutnya kerana aku sedar tiada apa-apa manfaat pun jika kita menyambut. Hari berkasih sayang..sungguh besar
Kenapa kita nak mengagungkan budaya barat sedangkan jelas ia bertentangan dengan ajaran Islam. Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai manghantar kad ucapan kepada buah hati mereka sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap seseorang. Budaya ini tidak sepatutnya wujud kerana berkasih sayang bagi Islam tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak seperti ibu bapa dan keluarga.
Aku teringin menyambutnya, ye la best bagi aku kalau menyambutnya..boleh dapat hadiah daripada buah hati tersayang. Ermm, sape yang tidak teringin
TIDUR DAN TELEFON BIMBIT..(CAMPUS QUIRK)
Dah banyak kali ar aku perhati kawan-kawan aku..elok-elok je dia tengah tidur kan tup2 bunyi la nset. Eh, sedar pulak dia. Heran betul aku. Ye la, sebelum ni aku bukan main lagi kejut dia. Semakin lena ada la dia tidur..aisyyy..
Aku fikir ada daya penarik ke dekat nset dia, banyak la aku fikir. Tapi aku tak ada jawapan pun untuk semua tu. Kalau nada dering nset orang tu kuat takpe la plak kan, ni bukan tau..dia vibrate..ermm, macam-macam kan..
Tapi aku tak kisah itu semua. Tiap orang ada ragam masing-masing kan. hidup mesti kena ceria. Perlu bergantung dan yakin pada diri sendiri.
menurut nurbaya, memang betul itu semua. termasuk dengannya juga. heran kan, tp aku pun same jugak, asal jer bunyi telefon aku terus sedar. ajaib.kiki. memang dah lumrah kot.
PERJUMPAAN MEGA FKP
Apabila sebut saja perjumpaan mega aku terus terang ar yang aku ni malas sangat nak pergi. Bukan pe aku rasa malu sangat-sangat coz aku x dapat pun anugerah dekan. Bukan aku tidak berusaha tapi belum rezeki. Bila agaknya aku nak dapat pointer 3.60 keatas ye..aku teringin sangat-sangat..
Pada member aku yang dapat anugerah dekan tahniah ar, aku jeles ngan korang semua..satu hari nanti aku akan berada di tempat korang jugak. Aku harap tercapai segala apa yang aku impikan..
Dalam perjumpaan tu aku asik teringat je kata-kata amanat dekan, Prof Datin Sri Hjh Mizan Adiliah..dia cakap bukan senang nak berjaya jika tidak berusaha bersungguh-sungguh. Perlu bekerja keras dan bukan untuk main-main keran belajar bukan satu perkara yang mudah tambahan pula USIM menggunakan dua bahasa penggantar iaitu bahasa arab dan bahasa inggeris. Aku perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk dapat pointer 3.60 keatas..i hope..
Pada kawan-kawan aku yang sama seiring dengan aku tu belajar la bersungguh-sungguh. Aku pon nak korang dapat anugerah dekan gak..biar kita lawan budak-budak yang sedia ada dapat anugerah tu. See ye..chaiyyok!!
PERHIMPUNAN MEMBANTAH KEKEJAMAN ZIONIS
mahasiswa USIM dalam perarakan membantah kekejaman Zionis
HIDUP...HIDUP!!! HIDUP.PALESTIN!!!
HANCUR...HANCUR…HANCUR
Itulah laungan yang bergema sepanjang perarakan menyuarakan bantahan terhadap Zionis. Aku merasa sayu dan sedih apabila mengenangkan nasib masyarakat di bumi Palestin. Apakah kesudahan masyarakatnya..aku berasa bertuah apabila menjadi anak
Aku turut serta dalam perarakan tersebut sebagai bukti sensetiviti kita terhadap kekejaman. Perhimpunan ini dianjurkan oleh sekretariat pendakwah muda (SPMM) pada 13 Januaru lalu yang bermula di bangunan Canselori dan berakhir di Stadium tertutup nilai.
Aku merasa bertuah apabila berada di USIM kerana dapat menyuarakan hasrat ketidakpuasan hati terhadap
Aku harap satu hari nanti
Thursday, February 5, 2009
MY HERO
seluruh keluarga
bagi saya heronya mestilah my dad!!! ayah.. kaulah segalanya bagiku. tetapi aku perlu redha dengan ketentuan ilahi keran hero bagiku sudah lama pergi menyambut panggilan ilahi. semasa itu aku berumur 11 tahun. aku tidak mengenali lagi apa itu kedewasaan hidup yang akan mendatang.
semasa itu aku sentiasa berfikir apa kesudahan hidup aku tanpa ayah. tetapi aku mesti tabah untuk meneruskan kehidupan ini. bukan apa orang yang hidup mesti teruskan hidup dan sabar akan ujian yang akan dihadapi.
sehingga kini aku kagum dengan diriku kerana aku boleh meneruskan hidup. ibu...aku ucapkan terima kasih kerana menyedarkan aku untuk terus yakin dalam hidup ini. tanpamu disisi aku rasa hidupku bagaikan angin. terima kasih atas segalanya. akanku balas segala jasamu.
aku berharap semoga arwah ayahku berada ditempat yang diredha oleh allah. walaupun aku tidak dapat membalas segala jasanya aku harus menebus segala jasamu dengan beriman pada yang satu. disamping itu juga setiap doaku akanku panjat untukmu..semoga ayah tenang disana..amin.
About Me
- kadiri aida
- aku ada dua mata.. dua telinga.. dua tangan.. satu hidung.. dan yang lain kalau awak nak tau tanya la aku sendiri eh..ahaks.
..DeAL0va..
AlOhAi..
Hai..Sudi-sudikan la korang baca dan komen blog aku.. kalau ada salah dan silap ampun maaf dipinta. Enjoy…